Bengkel Roti Dan Kek Bajet

28 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Ahad – 27 Oktober 2019, bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang, Pusat Internet PPR Taman Malihah telah mengadakan Kelas Membuat Roti dan Kek yang diketuai oleh tenaga pengajar iaitu Puan Chenderawaseh Binti Sukarno dan Puan Roberta Ita. Bengkel ini telah dihadiri seramai 10 orang peserta wanita dan kebanyakan peserta terdiri daripada suri rumah dan bekerja yang berminat dalam pembuatan roti dan kek.

Kelas ini bertujuan untuk mengajar bakal usahawan dalam asas pembuatan roti dan kek. Kelas ini mempunyai dua sesi iaitu di sebelah pagi aktiviti membuat roti dan di sebelah petang aktiviti membuat kek. Aktiviti ini merupakan sebuah program yang khas untuk perserta yang baru mula belajar membuat kek dan roti dimana resipi yang digunakan amat mudah untuk difahami. Ini sekali gus dapat melahirkan usahawan yang berkemahiran dan berpotensi dalam bidang pastri.

Kelas praktikal seperti ini adalah amat digalakkan untuk bakal usahawan kerana kelas ini banyak memberi tunjuk ajar dan peluang kepada bakal usahawan untuk menceburi dalam perniagaan roti dan kek.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali